Tuesday, 5 January 2016

BENTO SANDWICH TELUR

Idea dan Resipi Bento/ Bekal


 BENTO SANDWICH TELUR
 Picture credit to JUST ONE COOKBOOK

EGG SALAD SANDWICH BENTO RECIPE
RESIPI BENTO SANDWICH TELUR
Source : JUST ONE COOK


Bahan-bahan:

2 keping roti
1 biji telur rebus, dikupas

1 sudu makan Japanese mayonnaise
Sikit garam
Sedikit lada hitam
Secubit gula (optional)*



Cara-cara menyedia:
1. Kalau nak jimat masak, rebus telur pada hari sebelumnya.
2.Dalam mangkuk kecil, lenyakkan telur sehingga hancur.
3.Tambah 1 sudu makan Japanese Mayonnaise dan gaul rata.
4.Gaulkan dengan lada hitam dan gula (gula) ikut tekak anak anda.
5.Sapu campuran telur di pada roti dan tutup dengan roti.
6.(optional) Potong tepi roti kalau nak cantik.
7.Potong roti ke 2/3 bahagian ikut saiz bekal.
8.Letak buah atau sayur di ruang kosong.




Monday, 4 January 2016

Bento Bebola Ayam

 Idea dan Resipi Bekal/ Bento


Dah buka sekolah. Admin pun dah start pening kepala nak buat bekal untuk anak-anak ke sekolah! Mujur jumpa blog JUST ONE COOKBOOK, maka bolehlah admin tiru idea baru bekal untuk anak-anak bawa ke sekolah!!


BENTO BEBOLA AYAM 

Picture credit to : JUST ONE COOKBOOK


CHICKEN MEATBALLS BENTO RECIPE
RESIPI BENTO BEBOLA AYAM
Source : JUST ONE COOKBOOK


Bahan-bahan:

Nasi 
Bebola Teriyaki Ayam  atau bebola daging/ bebola ayam
Ham ayam bunga
Japanese Crab Salad  atau apa-apa Salad yang anak suka
Telur rebus
Broccoli kukus
Tomato ceri
Strawberi
Buah orange

 

Cara menyediakan:
1.  Masukkan 1/2 nasi ke dalam bekas dan biarkan nasi sejuk.

2.  Panaskan bebola Teriyaki dan letakkan di pinggan. Biarkan ia sejuk.
3.  Buat ham bunga dan ketepikan.make.
4.  Apabila nasi dan bebola sudah sejuk, masukkan semua makanan dalam bento.
5.  Pastikan semua makanan sejuk sebelum menutup bekal.



Saturday, 20 June 2015

RESEPI MEE HAILAM CHINESE STYLE

pic credit to http://iamthewitch.com/


Hidangan ni di sediakan ramuannya untuk 2 orang makan. Sila gandakan bahan2 jika ingin menambah jumlah hidangan.
Daging – Di hiris nipis dan di cuci bersih
Jika menggunakan daging, rebus dahulu daging hingga empuk air rebusan jangan di buang kita gunakan untuk menambahkan, dan memaniskan kuah
10 ekor udang sederhana besar – dibuang kepala dan separuh kulit di badannya
1 labu bawang besar – di cincang halus
2 ulas bawang kecil – di cincang halus
2 ulas bawang putih – di cincang halus yang ni ita tambah
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk kasar , kalau nak pedas tambahlah lagi
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
2 sudu kecil tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah
sedikit bunga kobis
sedikit sawi
lobak – dihiris
2 mangkuk air – kalau daging direbus dahulu gunakan air rebusan daging
Garam – secukup rasa
Mee kuning kasar secukupnya
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Cili jeruk – jika suka

Cara memasak :

Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga wangi.
Masukkan daging dan masukkan air dan biar daging empuk.
Kalau air kurang, tambahkan air lagi .
Masukkan lada hitam, sos tiram, dan kicap.
Biar mendidih sekejap
Masukkan udang
Masukkan sayur dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air.
Bila sudah agak pekat, tutup apinya.
Kuah sedia dihidangkan bersama bahan-bahan hiasan yang lain.
Boleh juga masukkan lada putih dan tambah telur sekiranya suka.

Sumber : http://pamapedia.com/resepi-mee-hailam-chinese-style-mudah-dan-sedap-anak-pasti-suka/1727

Resepi Ikan Bilis Goreng Masak Kicap




Gambar Kredit : www.tilahskitchen.com

Bahan-bahannya:

1 cawan ikan bilis – di goreng garing
1 labu bawang besar di hiris
1 tangkai cili merah – di hiris
1 tangkai cili hijau – di hiris
10 batang cili api di hiris atau di ketuk
2 sudu besar kicap manis
Secubit garam untuk perasa (jika perlu)

Cara-caranya:

1. Ikan bilis yang di goreng garing di ketepikan.
2. Gunakan sedikit minyak sahaja dan tumiskan
bawang hiris sehingga naik bau wangi.
3. Masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan cili api tadi.
4. Masukkan kicap manis dan gaul rata.
5. Tutupkan api.
6. Masukkan pula ikan bilis goreng tadi di gaul rata.
Sedia untuk di hidang.

Sumber : http://pamapedia.com/7-menu-sahur-pilihan-ramai-daripada-ikan-bilis-mudah-ringkas-dan-membuka-selera/2464

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai


Bahan bahan:

1 mangkuk ikan bilis
Petai secukupnya
1 mangkuk cili kering – dikisar
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
Sedikit halia – opsyenal
1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
2-3 sudu besar gula
Garam

Cara cara:

Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.
Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan.
Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.
Nota:
Sambal mesti ada rasa manis manis sedikit, barulah sedap.


Sumber : http://pamapedia.com/7-menu-sahur-pilihan-ramai-daripada-ikan-bilis-mudah-ringkas-dan-membuka-selera/2464

Resepi Kerabu Ikan Bilis



Bawang besar/merah
Cili api/padi
Daun limau purut
Serai
Semua diatas dihiris halus2
Ikan bilis goreng
Sedikit gula
Air limau kasturi
Gaul semua bahan dan sedia untuk dimkn
Air limau kasturi perah ketika mahu dihidang, jika terlalu awal ianya akan lembik.


Sumber : http://pamapedia.com/7-menu-sahur-pilihan-ramai-daripada-ikan-bilis-mudah-ringkas-dan-membuka-selera/2464

Resepi Sambal Ikan Bilis Hijau ( Campur petai / Terung Pipit)







BAGI peminat sambal belacan, apa kata cuba resipi sambal hijau ala padang untuk menu berbuka puasa bersama keluarga.
Ia pasti enak dimakan bersama nasi yang masih panas dan ikan masin untuk menambah selera anda.

Bahan-bahan:

100 gram cili hijau
Sedikit cili padi
1 ulas bawang besar
100 gram terung pipit/petai
Sedikit belacan
1 biji tomato – dipotong dadu ( optional)
Ikan bilis

Cara-cara:

Goreng ikan bilis sehingga garing dan asingkan.
Cili hijau, cili padi dan belacan dikisar. Kemudian tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau.
Masukkan terung pipit atau petai, bawang besar, potongan tomato dan ikan bilis. Tumis semua bahan tadi dan taburkan sedikit garam.
Angkat dan hidang.

Sumber : http://pamapedia.com/7-menu-sahur-pilihan-ramai-daripada-ikan-bilis-mudah-ringkas-dan-membuka-selera/2464