Monday 15 June 2015

Biskut Raya : Resepi Semperit Turun Temurun




Resepi Samperit
Sumber : http://icookwithlove.blogspot.com/2008/07/old-fashhioned-samperit.html


Bahan-bahan:

1 tin tepung jagung Brown and Polson 450 g
1 tin mentega SCS/buttercup 454 g
7 kuning telur( ayam kampung )
1 1/4 cawan gula; ( ***)
***Menurut penulis blog tersebut: Anis tak pasti gula jenis apa; percubaan pertama saya guna gula aisng, kurang manis dan terasa lemaknya, saya suka; kemudian saya cuba lagi gunakan gula pasir yang di kisar dan di ayak; hmm manisnya lebih terasa, tapi tidaklah terlalu manis. ***
1 1/2 cawan tepung gandum
Cara membuatnya : 
Campurkan senua bahan dan uli perlahan-lahan hingga sebati dan lembut. Saya gaulkan gula dan kuning telur , bila sebati baru saya masukkan kedua-dua jenis tepung. Menteganya saya masukkan 3/4 sahaja, kemudian tambah sedikit-sedikit. Ingat pesan Anis , tak payah uli terlalu lama, takut nanti kembang, Bila cukup sebati, saya tekan dengan jari guna nozzle open star. Boleh juga guna acuan samperit yang ada penekan kayu tapi pada saya saiznya nampak gagah sikit. Saya suka samperit comel-comel sebesar syiling 20 sen. Sebiji sesuap. Ayu gitu.. tak payah buka mulut besar-besar...he he he, malu la.. sebab bila masuk mulut tak boleh buka, gebu.....membelai lidah dan tekak. 


No comments:

Post a Comment