Friday, 12 June 2015

Campuran Daging dan Sayur-sayuran 9-11 bulan : Campuran Jagung Manis, Ubi Kentang dan Ayam

Pic credit to http://www.nutriweb.org.my/downloads/Nutritionist's%20Choice%20Cbook_lr.pdf

Campuran Jagung Manis, Ubi Kentang dan Ayam
(Hidangan untuk 2 orang)
Sumber : http://www.nutriweb.org.my/downloads/Nutritionist's%20Choice%20Cbook_lr.pdf


60 g (¼ cawan) dada ayam, dimasak,
dibuang tulang dan kulit.
90 g (1 biji) ubi kentang, dikupas dan
dipotong dadu
20 g (2 sudu makan) lobak merah,
dipotong dadu
30 g (2 sudu makan) jagung manis
125 ml (½ cawan) stok ayam
30 ml (2 sudu makan) susu ibu
10 g (1 sudu makan) bawang besar,
dicincang


Cara memasak
1 Rebus bawang besar dengan stok ayam di dalam periuk.
2 Masukkan ubi kentang. Tutup dan renehkan selama 15 minit sahingga ubi kentang menjadi lembut.
3 Masukkan jagung dan masak lagi selama 2-3 minit.
4 Akhirnya masukkan ayam dan rebus sehingga masak.
5 Kisar campuran sehingga menjadi kasar.
6 Masukkan susu ibu dan hidang.

Cadangan
1 Anda boleh melenyek dengan belakang sudu semasa memberi anak anda makan.
2 Hidang bersama nasi lembik.

No comments:

Post a Comment