Friday 12 June 2015

Resepi Permulaan Untuk Bayi 6-8 Bulan : Stok Ayam dengan Ikan Bilis

Stok Ayam dengan Ikan Bilis
( Hidangan untuk 3 orang)
Sumber : http://www.nutriweb.org.my/downloads/Nutritionist's%20Choice%20Cbook_lr.pdf

800 g tulang ayam
80 g (1½ cawan) ikan bilis
1 L (4 cawan) air

1.  Bersihkan tulang ayam dan buangkan lemak, kulit dan darah beku daripada tulang ayam.


2.  Buang kepala dan isi perut ikan bilis.


3.  Didihkan 1 liter air dan masukkan tulang ayam dan ikan bilis. Sebaik sahaja mendidih, reneh ayam selama 45 minit atau sehingga pati tinggal separuh daripada jumlah asal.


4.  Tapis dan biarkan sejuk. Kemudian sejukkan di dalam peti sejuk semalaman. Setelah disejukkan, buang lapisan lemak di bahagian atas.


5.  Stok boleh disimpan di dalam peti sejuk selama seminggu atau boleh disejuk bekukan sehingga sebulan.

No comments:

Post a Comment