Bubur Nasi dengan Tauhu dan Kacang Pis
(Hidangan untuk 2 orang)
Sumber : http://www.nutriweb.org.my/downloads/Nutritionist's%20Choice%20Cbook_lr.pdf
25 g (2 sudu makan) beras
25 g (1 sudu makan) tauhu, dicincang
15 g (1 sudu makan) kacang pis, dibuang kulit
500 ml (2 cawan) stok ayam rebusan sendiri
Cara memasak
1 Masak nasi dengan menggunakan rebusan stok ayam
2 Apabila bubur telah siap, masukkan kacang pis (lenyekkan jika perlu), dan renehkan dengan api perlahan selama 5 minit.
3 Masukkan tauhu sebelum memadamkan api.
4 Sejuk dan lenyekkan sebelum hidang.
No comments:
Post a Comment