Pic credit to http://www.nutriweb.org.my/downloads/Nutritionist's%20Choice%20Cbook_lr.pdf
Stew Ayam dengan Sayur-sayuran
(Hidangan untuk 2 orang)
Sumber : http://www.nutriweb.org.my/downloads/Nutritionist's%20Choice%20Cbook_lr.pdf
60 g (¼ cawan) isi ayam, dipotong kecil
45 g (½ biji) ubi kentang bersaiz sederhana,
dibersihkan dan dipotong
10 g (1 sudu makan) lobak merah, dibersihkan
dan dipotong
15 g (1 sudu makan) kacang pis, dikupas kulit
15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran
500 ml (2 cawan) stok sayuran, disediakan
sendiri
5 g (1 sudu teh) tepung beras
Cara memasak
1 Panaskan minyak di dalam periuk dengan api yang kuat. Salut daging dengan tepung dan goreng sehingga kekuningan.
2 Masukkan pati sayuran dan tutup periuk. Renehkan dengan api yang perlahan
selama 20 minit.
3 Masukkan ubi kentang, lobak merah, dan kacang pis. Tutup dan renehkan selama 15 minit. Lenyek stew sehingga menjadi puri.
Cadangan
1 Hidangkan bersama bubur nasi.
2 Ayam boleh digantikan dengan daging lembu.
No comments:
Post a Comment